http://princessaainkarelia.blogspot.com

Tuesday, May 24, 2011

makan atas buai

hola u alls! 
korang penah tengok tak orang makan atas buaian?
atau pun korang sendiri yang makan atas buaian..
ha.. ni aku nak kongsi dengan korang ni..
best jugak rupa nya makan atas buai ni.. hehe..
even goyang2 masa makan tu..
tapi memang enjoy.. aku dengan member aku masa 
makan tu.. kitaorang makan sebelum 
tengok wayang.. cerita fast and furious 5.. ala.. yang latest tu..
mesti korang tertanya-tanya kan kat mana aku makan 
atas buaian tu? meh sini aku story kat korang..
sebenarnya kitaorang makan atas buaian tu kt Mary brown.. hehe
kt Jusco Kepong.. sebelum kitaorang tengok cerita fast and furious 5


Sunday, May 22, 2011

stuffs for the day~

tetiba rasa cam nak jadi dalam rancangan fuhhh! tu.. spot cek beg..
tapi spot cek beg sendiri.. LOL 
okay.. korang selalu nya letak apa dalam beg korang?
kalu aku.. dalam beg aku mesti ada:
1) wallet.. *even tak ada duit.. haha*
2) kipas.. ini lah termasuk dalam category perlu dibawa ke mana sahaja.. hehe.. 
yela.. kan cuaca panas.. terutama tengah tunggu train n bus.. gila panas kalau  tak ada kipas.. 
kiranya kipas ni berjasa kepada tuannya..
3) cream perfume Cosway 
4) lip gloss simply siti
5) kunci rumah.. ha.. tak ada kunci ni tak masuk la aku jawab nya..
kalau member ada kat rumah tak apalah.. buatnya diorang tak ada.. tak ke haru?
6) earphone sony ericsson
7) student card
8) and the most important.. mesti ada handphone.. ini mesti kena dalam beg aku..
9) last but not list.. spec mata hitam.. haha..
ha.. ni la apa yang ada dalam beg aku.. so.. tak yah la berangan nak curi beg aku..
 tak ada apa pun.. haha

half of the stuffs


Thursday, May 5, 2011

muhammad atheef fayyadh

korang jangan salah paham pula dengan entry aku kali ni.. 
nama yang aku tulis kat atas tu bukan nama lah nama boyfriend aku.. haha
tapi nama anak sedara aku yang baru lahir ke dunia ni.. haha.. 
welcome to the world Atheef!
umor dia baru sebulan lebih.. ha.. hari Isnin hari tu bersamaan
dengan 2hb May 2011 kami 1 family buat majlis kesyukuran sekaligus majlis
cukur rambut Atheef.. kami buat majlis kecik-kecik ja.. jemput 
jiran-jiran yang dekat je.. 
majlis nya start pukul 11pagi.. sampai tengah hari.. tetamu semua 
da sampai then doa selamat pun dibacakan..
ha.. sekarang aku nak cakap pasal menu for that day pula.. 
menu untuk majlis tu:
nasi putih+ ayam masak merah+ sayur kubis+ sambal belacan.. 
air pulak.. air sirap..  lauk yang paling sedap hari tu mesti la sambal belacan! haha
even aku tak makan pun sambal belacan tu.. hehe
semua-semua menu tu.. my beloved mummy la yang masak.. 
siapa lagi yang nak masak kalau bukan mak aku.. 
nak harap kan aku yang masak? haha
tak payah nak harap la.. haha.. hancur jadi nya.. haha
apa-apa pun Alhamduliilah semua nya berjalan dengan lancar hari tu..
satu lagi yang menarik hari tu.. sebelum majlis berlangsung..
rambut Atheef da kena cukur.. hehe.. kesian Atheef.. botak dia..
ha.. sorang lagi anak sedara aku yang kena cukur 
rambut hari tu, Haziq.. Haziq ni anak abang aku yang no dua..
so.. kesimpulannya.. ada dua orang la budak botak hari tu.. hehe..
tapi comel je bila dorang da botak.. hehe..

Atheef dengan Haziq

Atheef