http://princessaainkarelia.blogspot.com

Thursday, March 24, 2011

hikayat merong mahawangsa

okay kawan2 semua! aku da lama tak update blog ni..
ha.. kali ni kita cakap pasal movie yang tengah tayang kat wayang sekarang..
as you all know.. filem terbaru terbitan KRU studio.. ramai yang cakap filem ni best.. betul ke tak.. aku tak tahu sebab aku tak tengok lagi cite ni.. hehe.. tapi tengok dia punya trailer.. macam gempak je.. 
cara dia edit filem tu aku suka tengok.. dari trailer yang ada.. macam2 effects yang diorang apply..
bagi student multimedia macam aku.. memang banyak yang aku boleh belajar dari filem ni..
ha.. cakap pasal filem ni.. kita start dari cast dia.. antara yang terlibat dalam  cerita ni ialah..

Stephen Rahman Hudges: Merong Mahawangsa(pelakon utama)
Dato' Haji Rahim Razali: Kesum(pelakon utama)
Ummi Nazeera: Embuk(pelakon utama)
Khir Rahman: Kamawas(pelakon utama)
Jehan Miskin: Embi(pelakon tambahan)
Nellie Ng: Ying Ying(pelakon tambahan)
Umie Aida: Lang(pelakon tambahan)
Acong: native 1(pelakon tambahan)
Maya Karin: goan villager(pelakon tambahan)
Mano Maniam: goan 1(pelakon tambahan)

okay kalau korang nak tahu sinopsis cerita ni.. meh aku cerita kat korang..

"Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?"  ha.. ni la sinopsis cerita ni..

poster Hikayat Merong Mahawangsa




Tuesday, March 15, 2011

destinaSi yanG diPiliH...

hai korang semua! 
ha.. entry kali ni mungkin ada kesinambungan dengan entry aku yang lepas.. sebab.. kali ni aku akan berkongsi dengan korang semua antara tempat yang aku nak pergi..
aku ni sebenar nya suka travel.. tengok tempat orang.. tapi susah nak dapat chance.. sebab duit tak ada maa! 
bak kata orang.. "no money no talk maa!" hehe..
so.. untuk menunaikan impian aku tu.. nampak nya kena lah kumpul banyak2 duit kan? haha..
banyak tempat yang menarik ada kat dunia ni.. bahkan kat Malaysia sendiri pun banyak tempat yang menarik..
ha... ok la.. kalau korang semua nak tahu.. aku suka pergi pantai.. rasa suasana kat sana.. angin dia.. even agak panas.. tapi seronok je.. hehe.. antara pulau yang best kat Malaysia ni.. mestilah Pulau Redang.. air dia cantik sangat! jernih je.. kalau cakap pasal tempat yang sejuk.. mesti korang da terbayang Cameron Highland or Genting Highland kan? ha.. mesti punya! aku suka kedua2 tempat ni! masing2 ada daya tarikan yang tersendiri.. 
kalau Cameron Highland terkenal dengan strawberry nya.. bagi aku yang paling menarik sekali kat Cameron Highland ni.. sudah semestinya  bunga kesukaan para wanita2 sekalian.. bunga Rose.. hehe.. dekat Cameron, kita boleh jumpa macam2 jenis warna bunga Rose ni.. warna merah hati ade.. warna merah jambu ada.. warna putih.. ha... warna biru pun ada.. memang rambang mata la bila tengok semua2 bunga rose 2.. rasa macam nak bawak balik je semua.. hehe.. bagi sesiapa yang minat dengan buah strawberry.. boleh beli kat Cameron ni.. tapi buah strawbery sedap makan kt Cameron je.. sebab buah ni jenis buah yang beriklim sejuk.. so..bila da bawak turun dari Cameron, buah nya da jadi masam..
ok.. bercakap pasal Genting Highland pula.. tempat ni memamg sejuk.. ramai orang datang sini sebab nak main game yang ada kat sana.. banyak permainan betul ada kat situ.. salah satu yang orang suka naik roller coaster.. tapi aku tak nak la naik.. haha.. sebab.. gayat kot.. tengok orang lain naik pun gerun.. tak apa la kalau aku tak naik pun.. hehe
hm.. aku rasa cukup la ye setakat ni entry kali ni.. see you guys another entry.. enjoy!

Saturday, March 12, 2011

Malaysia Association of Tour&Travel Agency



hai.. hai..! hari ni da 12 March da kn? kejap je rasa nye.. da bulan march.. 
ok la.. mesti ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk yang kat atas tu jadi pilihan entry aku kali ni kan?
biar la aku terus terang kat kome semua.. 
sebenar nya, Malaysia Association of Tour&Travel Agency or MATTA ni sedang mengadakan pameran dekat Putra World Trade Centre a.k.a PWTC. its called MATTA Fair 2011..
ha.. kepada sesiapa yang berminat nak pergi melancong.. boleh la tengok pameran ni.. mana la tau.. ada package yang menarik ke.. ha.. tak lupa juga kepada sesiapa yang berkerja dengan travel agency, anda di galakkan pergi ke pameran ni.. untuk menambah kan kenalan and kembangkan business korang.. its good! hehe.. kalau la aku kerja dekat travel agency, aku pergi da ni.. hehe..
kalau korang berminat dengan package yang ada.. korang boleh la book package tu..
kat exhibition ni.. lebih dari 890 booth yang ada.. and melibatkan hall 3,2,1.. 
hope korang semua enjoy kat sane!

kat sini aku bagi detail- detail pasal exhibition ni..
venue: Putra World Trade Centre(PWTC)
date: 11-13 march 2011
time: 10a.m- 10 p.m

Friday, March 4, 2011

Chocolate Lover!

okay.. sekarang ni da masuk bulan march da.. aku update la blog aku untuk bulan ni.. takut korang semua rindu dekat aku.. hehe.. *perasan pula!* hehe
entry kali ni khas untuk peminat setia chocolate.. hehe.. ha.. sesuai la dengan tajuk entry aku kali ni.. hehe.. oleh sebab kekasih hati aku suka makan chocolate.. entry kali ni khas untuk dia.. hehe..
okay la.. sebenar nya chocolate ni boleh buat macam2.. 
kek chocolate.. biskut.. hehe
and of course la chocolate kan? macam CADBURY.. FERRERO ROCHER..  and yang sewaktu dengan nya.. ha.. tak dilupakan juga biskut almond london.. biskut ni kalau tiap kali nak raya aku mesti minta mak aku buat kan.. hehe.. nak buat sendiri memang tak jadi la..

 ha.. antara semua2 yang aku nyatakan tadi.. aku paling suka ferrero rocher la.. chocolate cake pun okay juga.. hehe.. nampak sedap je kan chocolate ni..? hehe


cadbury

chocolate cake

ferrero rocher

tiramisu



biskut almond london

Wednesday, February 23, 2011

Vintage Collection

ha.. lama suda kita tak berjumpa..
kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal hiasan dalaman rumah pula.. 
tiap2 orang punya citarasa yang tersendiri.. 
bagi aku.. aku minat hiasan dalaman rumah ala2 vintage style.. minat saja la.. 
tapi tak tahu la aku dapat hiaskan kat rumah aku nanti.. haha..


kalau boleh, dari bilik tidur.. dapur.. ruang tamu..
semua nya aku nak hias dengan hiasan ala2 vintage.. hehe..
nampak macam menarik je.. hehe
tapi.. nak hias ni.. cost jugak la.. sbb barang2 vintage ni agak mahal..
living room decoration
ni decoration untuk bilik tidur
decoration for kitchen







Wednesday, February 9, 2011

Siakap 3 rasa ala-ala Karelia

okey.. kalau hari 2 aku kongsi dengan korang petua hilangkan jerawat.. hari ni aku nak kongsi dengan korang resepi siakap pula..

bahan-bahan yang diperlukan:
(1) cili kering
(2) 2/3 bawang besar
(3)  3 bawang putih
(4) 3 batang serai
(5) daun limau purut
(6) Cili sos
(6) seekor ikan siakap
(7) sos tiram

cara-cara:
cili kering dikisar sampai halus.. bawang merah,bawang putih dan serai dipotong dadu.. dah siap potong semua bahan-bahan di atas..  Tumis bawang sampi naik bau dia.. lepas itu masukkan cili kering yg siap dikisar, serai, cili sos, sos tiram.. campur kan air sampai meggelegak.. kemudian masukkan garam.. ajinamoto.. gula.. daun limau purut dan cili api.. biar kan sampai cili kering masak.. bila dah masak.. masukkan ikan siakap.. tadaa! dah siap.. angkat ikan tu.. letak dalam pinggan.. 
*hiasan, kuah, dan pedas terpulang pada cita rasa masing-masing*

selamat mencuba!

Tuesday, February 1, 2011

PETUA: HILANGKAN JERAWAT

Assalammualaikum! ha jawab jangan tak jawab!

mari dekat mari dekat semua...
hari ni aku ada petua nk bg u ol. 
cepat cepat!
okayy. hari ni aku berbaik hati nk share dengan u ol, petua untuk menghilangkan jerawat.
cara nye simple sangat. u ol mesti boleh ikut punya! aku ckp sama u ol.

bahan2 yang di perlukan:
1. beras
2. sebiji limau kasturi
3. air

alatan yang diperlukan:
1. kuali(untuk  menggoreng)
2. sudip


pooommmm! ha terkejut tak? haha aku tahu u ol mesti terkejut.

sekarang aku bgthu cara2 nye okeyy.
u ol ambil 2 genggam beras dan goreng tanpa minyak ye u ol. TANPA MINYAK aku remind u sekali lagi goreng sehingga hangus menjadi ala ala arang gitu. kemudian, kisar atau nama saintifik nye blend hingga halus. okey lepas u ol dh blend tadi, u campur kan dengan sedikit air dengan perah air limau kasturi. pastu kan u sapu kt muka, and it will looks lyke masker. then, u bersihkan. boleh di lakukan 3 kali seminggu, insyaALLAH, wajah u ol akan jd halus dan bersih.



jangan lupa cuba ye u ol semua!
bubyee!