http://princessaainkarelia.blogspot.com

Friday, April 29, 2011

so good to be home!

haha.. tajuk entry kali ni macam lama je kan aku tak balik kampung..
padahal.. last week baru balik.. tak kesah la.. janji balik.. kan? kan? hehe
okay.. bercakap pasal balik kampung ni.. selalunya..
aku balik naik train yg antarbandar tu kan? tapi kali ni aku tak balik naik train..
aku balik naik kereta.. haha.. mesti korang pelik kan?
sejak bila pulak aku ada kereta ni? and yang penting.. sejak bila pulak la 
aku ada lesen kereta.. haha.. kalau korang nak tahu..
sebenarnya.. aku balik dengan abang aku.. dia amik aku semalam kat
hostel aku.. itula kisah nya..  so...
bila dah naik kereta dengan abang aku.. maka jimat la duit ticket.. 
haha.. tak payah nak beli ticket.. selamat2.. haha..
bukan tu je.. duit makan pun selamat.. semua nya abang aku yang tanggung..
terima kasih abangku yang baik hati.. haha..
okay lah kawan2.. nanti aku update lagi.. daa.. enjoy!

Thursday, April 28, 2011

filem melayu atau filem english?

hola semua! da lama rasanya tak update blog ni..
maklumla tak ade cerita yang menarik nk update.. hehe..
ha.. sebenarnya aku sendiri tak tahu apa nak update 
kali ni..
okay la.. aku dah pikir dah nak update apa..
kalau korang semua nak tau.. aku ni suka tengok wayang..
selalu nya cerita yang aku tengok cerita english la.. hehe
cakap pasal wayang ni.. agak lama juga la aku tak tengok
wayang.. last tengok cerita khurafat rasanya..
tak lama lagi kat wayang ada cerita baru.. tajuk dia
FAST AND FURIOUS 5..
tak sabar nak tengok cerita tu.. since aku dah tengok previous 
punya cerita.. so cerita kali ni mesti tak lari 
sangat dari cerita yang dulu..
cerita ni yang ke 4 hari tu memang best..
opening dia pun da buat aku ternganga.. haha..
hope cerita kali ni tak disappointed kan la.. hehe..
okay la.. cukup sampai sini dulu ye..
nanti update lagi.. enjoy! 

Monday, April 11, 2011

terima kasih KARELIA SISTER!

pelik tak entry aku kali ni? mesti korang tak tahu apa itu KARELIA SISTER kan?
ha.. aku yakin punya.. mesti korang tak tahu.. hehe..
sekarang ni aku kasi cerita sama korang semua.. okay la.. kalau korang semua nak 
tahu KARELIA SISTER tu apa.. sebenarnya KARELIA SISTER tu 
adalah semua budak rumah aku kat kepong sentral ni.. kami start duduk satu rumah
satu tahun yang lepas.. sekejap ja da setahun.. 
ha.. kalau korang nak tahu... ahli KARELIA ni terdiri dari: Nona Karelia a.k.a Farah Syahida..
Aten Karelia a.k.a FATIN AINUN AFIFAH.. panjang kan nama dia ni? 
okay.. next.. Diana Karelia a.k.a Nur Diana.. Aliey Halim a.k.a Siti Khalijah n last but list.. aku la.. Ain Karelia..
kenapa aku pilih tajuk 2 kali ni sebab.. aku 
nak ucap terima kasih kat dorang semua sebab bagi hadiah birthday kat aku tadi..
thank you kawan2.. sangat suka hadiah .. hehe..
gambar hadiahnya tak dapat nak update lagi.. nanti bila free aku update okay! enjoy! 

Monday, April 4, 2011

Andai itu Takdirnya~

ayat kat title 2 macam ayat pasrah je kan? tak ada lah.. sebenar nya..
2 pun tajuk novel juga.. hehe.. antara novel yang aku suka baca.. novel 2 aku boleh baca 
sampai 5 kali! even more.. hehe.. sebab cerita tidaklah membosankan ye.. haha..
ha.. novel ni terbitan Buku Prima Sdn. Bhd.. cerita ni pun agak sedih.. hehe.. tak tahu la kenapa
aku suka baca novel yang sedih2 ni.. tapi bukan novel yang sedih2 je aku suka baca.. novel yang gembira pun aku suka baca juga.. hehe.. just novel yang gembira jalan ceritanya tak menarik macam novel ni.. hehe..
okay la kalau korang nak tahu cerita nya macam mana.. aku cerita kan..
ha.. macam ni cerita dia:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah 
abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah 
dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai 
waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat 
menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

*hope korang tertarik nak baca novel ni..*

ni cover novelnya

novel ohh novel..~

hola semua! and salam 1 malaysia.. haha.. macam poyo je permulaan entry aku kali ni kan?
ha.. aku nak tanya korang semua.. ada tak sesiapa yang minat baca novel?
aku yakin kebanyakkan korang mesti suka baca novel kan? ha.. samala macam aku.. hehe..
sebenar nya aku start baca novel sejak dari aku sekolah menengah lagi.. dulu rajin la
beli novel baru.. tapi sekarang ni.. pinjam dari koleksi novel akak aku la.. hehe
antara novel yang aku suka baca.. karya Norhayati Berahim.. korang
mesti kenal dia kan? dia ni agak famous juga dalam bidang penulisan novel ni.. aku suka baca
novel dia yang tajuk Hati yang Luka terbitan NB.. cerita dia sedih..nak menangis
juga la bila aku baca.. hehe.. feeling gila kan? tapi.. nak buat macam mana.. da nak terfeeling..
kalau korang semua baca novel ni.. mesti korang tak percaya ada juga 
suami yang mcam 2 dalam dunia ni.. korang nak tahu cerita dia macam mana? okay.. aku cerita kan
kat korang.. kira nya jadi macam bedtime story la ye! haha
cerita dia macam ni..

Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar 
negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak
 setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad 
kembali ke tanahair.

Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.

Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja. 

Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.
Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.
Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.
Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.
Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.
*ha.. ni la sinopsis cerita novel ni.. aku jamin la yang korang tak jemu punya baca novel ni.. macam aku.. haha..*
ha.. ni cover novel dia