hola semua! and salam 1 malaysia.. haha.. macam poyo je permulaan entry aku kali ni kan?
ha.. aku nak tanya korang semua.. ada tak sesiapa yang minat baca novel?
aku yakin kebanyakkan korang mesti suka baca novel kan? ha.. samala macam aku.. hehe..
sebenar nya aku start baca novel sejak dari aku sekolah menengah lagi.. dulu rajin la
beli novel baru.. tapi sekarang ni.. pinjam dari koleksi novel akak aku la.. hehe
antara novel yang aku suka baca.. karya Norhayati Berahim.. korang
mesti kenal dia kan? dia ni agak famous juga dalam bidang penulisan novel ni.. aku suka baca
novel dia yang tajuk Hati yang Luka terbitan NB.. cerita dia sedih..nak menangis
juga la bila aku baca.. hehe.. feeling gila kan? tapi.. nak buat macam mana.. da nak terfeeling..
kalau korang semua baca novel ni.. mesti korang tak percaya ada juga
suami yang mcam 2 dalam dunia ni.. korang nak tahu cerita dia macam mana? okay.. aku cerita kan
kat korang.. kira nya jadi macam bedtime story la ye! haha
cerita dia macam ni..
Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar
negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak
setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad
kembali ke tanahair.
Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.
Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.
Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.
Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.
Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.
Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.
*ha.. ni la sinopsis cerita novel ni.. aku jamin la yang korang tak jemu punya baca novel ni.. macam aku.. haha..*
*ha.. ni la sinopsis cerita novel ni.. aku jamin la yang korang tak jemu punya baca novel ni.. macam aku.. haha..*
No comments:
Post a Comment