http://princessaainkarelia.blogspot.com

Wednesday, January 18, 2012

ombak rindu

poster ombak rindu
cover novel

cerita ni sangat famous.. ramai yang cakap cerita ni best..
aku pun tengok la cerita ni..
kebetulan member rumah aku ada beli CD cerita ni..
yela.. nak tengok kat wayang asyik ada hal je..
bila ada masa and free.. tak ada seat pulak.. huhu
sebenar nya cerita ni adaptasi dari novel.. 
tajuk dia memang ombak rindu.. karya Fauziah Asaari..
novel ni famous dulu2.. hehe..
ha.. kalau korang nak tau cerita ni macam mana.. tengok la sendiri..
aku kongsi dengan korang synopsis dia aje..

"Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?"

ha.. ni la sikit review pasal movie ni.. kalau nak tahu ending dia.. kena tengok la cerita ni.. hehe



OST Ombak Rindu


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments:

Post a Comment