http://princessaainkarelia.blogspot.com

Tuesday, March 15, 2011

destinaSi yanG diPiliH...

hai korang semua! 
ha.. entry kali ni mungkin ada kesinambungan dengan entry aku yang lepas.. sebab.. kali ni aku akan berkongsi dengan korang semua antara tempat yang aku nak pergi..
aku ni sebenar nya suka travel.. tengok tempat orang.. tapi susah nak dapat chance.. sebab duit tak ada maa! 
bak kata orang.. "no money no talk maa!" hehe..
so.. untuk menunaikan impian aku tu.. nampak nya kena lah kumpul banyak2 duit kan? haha..
banyak tempat yang menarik ada kat dunia ni.. bahkan kat Malaysia sendiri pun banyak tempat yang menarik..
ha... ok la.. kalau korang semua nak tahu.. aku suka pergi pantai.. rasa suasana kat sana.. angin dia.. even agak panas.. tapi seronok je.. hehe.. antara pulau yang best kat Malaysia ni.. mestilah Pulau Redang.. air dia cantik sangat! jernih je.. kalau cakap pasal tempat yang sejuk.. mesti korang da terbayang Cameron Highland or Genting Highland kan? ha.. mesti punya! aku suka kedua2 tempat ni! masing2 ada daya tarikan yang tersendiri.. 
kalau Cameron Highland terkenal dengan strawberry nya.. bagi aku yang paling menarik sekali kat Cameron Highland ni.. sudah semestinya  bunga kesukaan para wanita2 sekalian.. bunga Rose.. hehe.. dekat Cameron, kita boleh jumpa macam2 jenis warna bunga Rose ni.. warna merah hati ade.. warna merah jambu ada.. warna putih.. ha... warna biru pun ada.. memang rambang mata la bila tengok semua2 bunga rose 2.. rasa macam nak bawak balik je semua.. hehe.. bagi sesiapa yang minat dengan buah strawberry.. boleh beli kat Cameron ni.. tapi buah strawbery sedap makan kt Cameron je.. sebab buah ni jenis buah yang beriklim sejuk.. so..bila da bawak turun dari Cameron, buah nya da jadi masam..
ok.. bercakap pasal Genting Highland pula.. tempat ni memamg sejuk.. ramai orang datang sini sebab nak main game yang ada kat sana.. banyak permainan betul ada kat situ.. salah satu yang orang suka naik roller coaster.. tapi aku tak nak la naik.. haha.. sebab.. gayat kot.. tengok orang lain naik pun gerun.. tak apa la kalau aku tak naik pun.. hehe
hm.. aku rasa cukup la ye setakat ni entry kali ni.. see you guys another entry.. enjoy!

No comments:

Post a Comment